Saturday, November 15, 2008

EDU-AGRO TOURISM


Morib, Banting, Selangor


Projek Agro Tourism ini merupakan usaha untuk menarik pelancong-pelancong dalam dan luar Negara merasai suasana percutian di dalam kawasan desa dan melawati tempat menarik dan bersejarah.. Projek ini menawarkan percutian ala kampung yang berlainan daripada tempat lain. Kami di sini menonjolkan lebih kepada aktiviti-aktiviti petani, nelayan , dan penduduk desa . Aktiviti ini pula mungkin hanya terdapat di Kampung Tali Ayer dan sekitarnya sahaja dan ianya merupakan satu pengalaman baru untuk pelancong-pelancong. Projek ini berkonsepkan agro & village tourism dan ianya merangkumi :-




kedai cenderahati



1- Aktiviti Desa

a. Penginapan di Homestay / Perkhemahan tepi pantai

b. Aktiviti desa seperti / Lawatan ke tempat bersejarah

i. Demo / Aktiviti permainan tradisional seperti congkak, wau, gasing, galah panjang, memancing di sungai , lawatan ke kebun/ladang buah- buahan dan lain-lain.

ii. Demo / Aktiviti masakan tradisional seperti ketupat, dodol, lemang, lempeng, kerepek pisang, kerepek ubi, tempe, tapai dan lain-lain.

iii. Demo / aktiviti komuniti desa seperti majlis perkahwinan, majlis berkhatan, majlis cukur jambul, upacara Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Korban, aktivti keagamaan, lawatan ke desa dan lain-lain.


Pantai Bagan Lalang


aktiviti Laut



ladang 'Dragon Fruit dan Burung Wallit



'istana hinggap' sultan Selangor


Masjid Jamek Pantai Morib

PAKEJ AGROTOURISM


Pakej di bawah ini akan dijadikan pakej utama dalam kempen Agrotourism ini. Kami telah menyenaraikan beberapa pakej lain seperti pakej memancing, pakej perniagaan, pakej pembelajaran, pakej keluarga, pakej orang bujang, pakej pelancong asing, pakej muslim dan pakej non muslim.



homestay




Pantai Morib







Seri Malaysia Bagan Lalang






MORIB GOLD COAST




2- Aktiviti Korporat

a. Penginapan di hotel / chalet / home stay

b. Bermain golf

c. Lawatan ke tapak projek-projek pertanian dan ternakan

d. Lawatan ke kilang-kilang perusahaan orang kampong

e. Aktiviti desa, laut dan pantai

f. Demo dan taklimat




KELAB GOLF SERI MORIB






IMPIAN RESORT MORIB






SEPANG GOLD COAST




3 Rombongan Pendidikan
a. Rombongan Pendidikan ialah mereka yang datang untuk tujuan membuat penyelidikan bagi tujuan pendidikan. Kami akan memberi sepenuhnya kerjasama untuk menjayakan hasrat mereka seperti menyediakan demo, kursus, taklimat, mesyuarat dan lain-lain. Kami sentiasa bersedia untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran dalam bidang pertanian, perternakan ikan, perternakan lembu dan kambing juga dalam hal-hal lain yang bersangkutan dengan tujuan penyelidikan mereka.



kompleks Agro Tourism



khidmat latihan



Aktiviti Sukan ATV


litar


4- Aktiviti Laut

a. Memancing laut dalam, memancing laut tepi, merawai, menjaring ikan, mengisa, memasang belat, mencari kepah, mencari pepahat (bamboo lala), mencari siput dan lain-lain.

5- Aktiviti Pantai

a. Bermain laying-layang, membina istana pasir, mandi laut, menyuluh udang dan ketam, camp-fire, bbq, berkayak dan lain-lain.




aktiviti pantai






perahu layar



hutan paya bakau

6- Aktiviti Pertanian

a. Lawatan ke ladang ikan air tawar, lawatan ke kebun fertigasi, lawatan ke kolam udang harimau, lawatan ke rumah burung layang-layang, lawatan ke ladaing-ladang pertanian seperti buah naga, sayuran, pisang tanduk, ubi dan lain-lain..

b. Demo dan Taklimat




kolam ternakan udang



aktiviti memancing



aktiviti sukan golf



jeti nelayan



Pusat Riadah





Sasaran Pelancong

1. Pelancong luar Negara.

a. Pelancong dari luar Negara boleh merasai suasana sebenar kehidupan desa di Malaysia melalui projek ini. Ianya bukan sahaja satu peluang yang sukar didapati di tempat-tempat lain malah kami juga menawarkan aktiviti-aktiviti yang mencabar seperti memancing dan merawai di laut dalam, mengembala lembu, memanjat dan mengait kepala, menjala ikan di sungai, memikat ayam hutan dan bermacam-macam lagi aktiviti yang sedang dirancangkan.

b. Kedatangan pelancong-pelancong dari luar Negara adalah melalui kerjasama dengan Kementerian Pelancongan Malaysia.

2. Pelancong Tempatan

a. Pelancong-pelancong tempatan yang tidak mempunyai kampung halaman adalah digalakkan untuk menyertai pakej-pakej kami. Ianya dijamin akan memberi kepuasan kepada mereka yang rindukan suasana kedamaian dan keramahan di desa. Kami telah merangka program-program menarik untuk kaum bapa, ibu dan anak-anak mengikut acuan kampung.

3. Peserta-peserta Rakan Bumi Hijau

a. Peserta-peserta Rakan Bumi Hijau ialah mereka yang telah melabur di Projek kami dan memiliki sejumlah kolam-kolam ikan air tawar dan juga kebun sayuran fertigasi.

b. Mereka diwajibkan untuk hadir setiap hujung minggu melawat kolam dan sayuran mereka dan kami juga menyediakan pakej-pakej istimewa untuk mereka sekeluarga.

4. Rombongan Pendidikan

a. Rombongan Pendidikan ialah mereka yang datang untuk tujuan membuat penyelidikan bagi tujuan pendidikan. Kami akan memberi sepenuhnya kerjasama untuk menjayakan hasrat mereka seperti menyediakan demo, kursus, taklimat, mesyuarat dan lain-lain. Kami sentiasa bersedia untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran dalam bidang pertanian, perternakan ikan, perternakan lembu dan kambing juga dalam hal-hal lain yang bersangkutan dengan tujuan penyelidikan mereka.

5. Rombongan Korporat

a. Rombongan Korporat ialah mereka yang datang bagi tujuan perniagan atau ingin mencari-cari peluang perniagaan baru yang pihak kami tawarkan.

b. Mereka akan diberi penerangan secara detail beserta demo.

c. Kami menyediakan dewan mesyuarat dan lawatan ke kilang-kilang perusahaan orang kampung, kebun, ladang, kolam ikan dan lain-lain mengikut permintaan.

d. Kami juga menyediakan hotel yang selesa dilengkapi dengan padang golf.



Perlaksanaan Projek


Untuk melaksanakan projek tersebut. Maka beberapa keperluan asas perlu dibina terlebih dahulu dan ianya akan dibangunkan berperingkat mengikut kemampuan dan permintaan. Antara yang perlu dibina ialah :-

1. Home stay

a. 3 buah rumah kampung telah dikenal pasti untuk dijadikan sebagai Home stay . Untuk permulaan 1 buah rumah yang boleh menempatkan 20 orang dewasa perlu disiapkan terlebih dahulu dan kerja-kerja pengubahsuaian kecil akan dilakukan.

2. Hotel, Chalet dan Banglow

a. Kemudahan lain seperti hotel, chalet, banglow dan padang golf telah tersedia dan kadar sewaan adalah berpatutan.

3. Kemudahan Asas

a. Kemudahan asas seperti dewan besar, bilik mesyuarat, tandas, kedai cenderamata, pasar jualan hasil kampung, gelanggang sukan, surau dan masjid telah tersedia dan boleh digunakan bila-bila masa.

4. Kemudahan Logistik

a. Kemudahan logistic seperti bas, van, motosikal, basikal dan bot sudah sedia dan ianya akan disewakan oleh komuniti kampung mengikut kadar yg paling minima.

5. Pemandu Pelancong

a. Ramai pemandu pelancong yang akan terlibat untuk menjayakan projek ini dan ianya akan diketua oleh seorang pemandu pelancong yang berkelayakan dan diiktiraf.

b. Pemandu pelancong akan diagihkan mengikut kepakaran mereka seperti :-

i. Ketua Pemandu Pelancong

ii. Pemandu Pelancong Aktiviti Desa

iii. Pemandu Pelancong Aktiviti Laut

iv. Pemandu Pelancong Aktiviti Darat

v. Pemandu Pelancong Aktiviti Ladang

vi. Instructor untuk sesi taklimat, demo dan soal-jawab



Kemudahan-kemudahan yang telah sedia ada


1. Dewan besar – 1 buah

- boleh menempatkan 200 orang dalam satu masa

2. Dewan mesyuarat – 2 buah

- boleh menempatkan 50 orang dalam satu masa

3. Tandas awam – 8 buah

4. Surau dan masjid

5. Sungai yang bersih untuk tujuan memancing dan mandi

6. Ladang ikan air tawar

- ikan ketutu, keli, tilapia, puyu dan lain-lain.

6. Ladang sayuran fertigasi

- Sayur cili api, bayam, bendi, kalian, terung, bendi dan lain-lain

7. Ladang pisang

8. Ladang kelapa sawit

9. Ladang buah naga

10. Ladang ubi

11. Ladang sayuran bukan fertigasi

12. Rumah buruh layang-layang

13. Jeti nelayan

14. Telifon awam

15. Kemudahan internet

16. Kedai

17. Pasar tani (untuk mendapatkan produk segar dari kampung)

18. Pantai Morib dengan semua kemudahan yg ada

19. Kandang kambing

20. Ladang lembu

21. Kebun durian

22. Kilang memproses kerepek

23. Padang permaian

- Padang bola, padang takraw & badminton dan lain-lain.

24. Bot

- Bot kecil dan bot besar

25. Jaring, belat, kisa, rawai dan pancing

26. Motosikal, basikal dan van untuk sewaan

27. Klinik dan Hospital

28. Balai Polis

29. Pasaraya

30. Bank



Jaminan Keselamatan dan Kesihatan Pelancong


Kepuasan pelancong adalah keutamaan kami. Oleh yang demikian kami telah merangka beberapa program untuk menjamin keselamatan. Kesihatan dan Kebajikan pelancong dipelihara selama mereka berada di kampung ini. Jaminan yang diberikan merangkumi :-

Jaminan Keselamatan

  • Pengawal Keselamatan di Homestay
  • Pengawal Keselamatan di tempat berlangsung aktiviti
  • Anggota Keselamatan Kampung seperti RELA yang akan memantau dan meronda kawasan kampung setiap masa.
  • Pondok Keselamatan – menempatkan beberapa pengawal keselamatan yang bertugas (standby) untuk menerima laporan dan bersedia bertindak jika ada apa-apa kemalangan dan jenayah. (Kes yang serius akan terus dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah Banting).
  • Pegawai Kesihatan – Untuk menangani dan memantau kes dari penyakit berjangkit, kemalangan kecil dan menyediakan ubat-ubatan. (Kes yang serius akan terus dirujuk ke Hospital Daerah Banting).
  • Pengawal Keselamatan laut dan sungai.
  • Pengawal Kualiti makanan yang dihidangkan.


Semua yang di atas adalah termasuk penjagaan dan pemantauan kebersihan homestay, tapak aktiviti dan seluruh kampung bagi menghindarkan pembiakan nyamuk aedis dan binatang-binatang merbahaya seperti ular, kala jengking, lipan, penyengat dan lain-lain.

Kami juga akan memastikan agar tahap kesihatan pelancong dalam keadaan baik sewaktu mula tiba di kampung. Pelancong mestilah bebas daripada penyakit berjangkit seperti Influenza H1N1, Selsema berjangkit dan penyakit-penyakit merbahaya yang lain.



Penutup


Projek ini merupakan projek komuniti yang akan diselenggarakan oleh penduduk kampung, JKKK Kampung dan Jabatan Kerajaan yang terlibat seperti Kementerian Pelancongan, Kementerian Kesihatan, RELA, Polis, Kementerian Pertanian, Jabatan Perikanan dan lain-lain.Projek ini akan dipantau, diuruskan dan dibiayai oleh syarikat Agro Tourism.

Matlamat projek ini ialah untuk menaiktaraf Kampung Tali Ayer, Morib menjadi salah satu lokasi pelancongan ala kampung dan pertanian. Ianya juga untuk memperomosikan pelancongan ala Kampung dan Agro Tourism yang terbaik dan menepati kehendak pelancong itu sendiri.

Dengan berjalannya projek ini, maka penduduk kampung akan dapat menikmati tambahan pendapatan melalui penyertaan sebagai pekerja tetap, pembekal makanan, pembekal peralatan, penyewaan kenderaan, penyewaan rumah, penyewaan tanah, pemandu pelancong, Chef untuk demo masakan, pembekal servis pembersihan dan lain-lain.

Semoga projek ini dapat memberikan impak yang maksima dalam tahun pertamanya dan Kampung Tali Ayer, Morib akan terlakar dalam peta Malaysia sebagai salah satu pusat pelancongan agrodesa yang utama.


Sekian , Terima Kasih



Pengurus Agro Tourism