Monday, December 22, 2008









PROGRAM BUMI HIJAU


Pelaksanaan Program Bumi Hijau dan Pembangunan Keluarga Tani adalah lanjutan dari program Kempen Buku Hijau yang telah dilancarkan pada 3 Mac 2006 oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia. Program ini terdiri dari 3 komponen utama iaitu Tanaman (bercucuk tanam), Ternakan dan Akuakultur. Program ini akan memberi fokus di kawasan bandar dan luar bandar dengan menggalakkan penduduk bercucuk tanam dan menternak ayam dan ikan atau dengan kombinasi yang sesuai untuk kegunaan sendiri dan selebihnya boleh diproses/guna sendiri. Penanaman sayur-sayuran akan dilaksanakan di halaman rumah dengan mengambilkira konsep ‘kitchen garden’ atau ‘edible landscape’, secara langsung akan memperindahkan lanskap kawasan kediaman mereka.

Matlamat utama Program Bumi Hijau ialah untuk melibatkan penduduk negara ini bercucuk tanam dan menternak bagi mengeluarkan sendiri bahan makanan harian. Ini akan dapat meringankan beban kewangan penduduk akibat kesan kenaikan harga barangan makanan dan kesan kenaikan kadar inflasi.

Program ini adalah bertujuan untuk menggalakkan rakyat bercucuk tanam bagi mengeluarkan sendiri bahan makanan harian yang diperlukan sebagai langkah untuk membendung impak kenaikan harga barangan makanan serta meringankan beban kewangan kesan kenaikan harga minyak. Dalam masa yang sama program ini dapat mewujudkan kesedaran dan menggalakkan penduduk negara mengeluarkan sendiri makanan segar, berkhasiat dan selamat. Kempen ini mengandungi tiga komponen iaitu tanaman, ternakan dan akuakultur. Matlamat utama kempen ini ialah untuk:-

  • Mengurangkan kos perbelanjaan harian keluarga yang meningkat akibat kenaikan harga minyak.

  • Mewujudkan kesedaran dan minat rakyat terhadap pertanian terutama di kalangan belia dan pelajar sekolah untuk melibatkan diri secara komersil dan sepenuh masa di masa yang akan datang.

  • Mewujudkan kesedaran rakyat terhadap makanan segar, berkhasiat dan selamat; dan

  • Mewujudkan suasana persekitaran dan kawasan halaman perumahan yang cantik dan menarik dengan tanaman makanan yang juga berfungsi sebagai hiasan (edible landscape) selain daripada tanaman hiasan lain.


Jenis tanaman dan ternakan yang disyorkan:

  • bayam
  • kangkung
  • sawi
  • terung
  • cili
  • bendi
  • kacang kelissa
  • pegaga
  • kunyit
  • serai
  • pandan
  • limau kasturi
  • ulam-ulaman, herba dan lain-lain
  • ayam kampung dan ayam telur
  • ikan keli dan ikan tilapia

Siapa yang patut menjayakan program bumi hijau?

Semua rakyat Malaysia, terutama kepada semua penduduk di taman perumahan dan pangsapuri. Ternakan hanya untuk peserta di pinggir bandar dan luar bandar sahaja.

Perlaksanaan bumi hijau:-

Aktiviti bumi hijau boleh dijalankan secara individu di sekitar rumah, secara komuniti di tanah-tanah kosong (dengan kebenaran pihak berkuasa), di kawasan perumahan, sekolah, masjid dan sebagainya dan juga boleh berlandaskan konsep 'kitchen garden'.


Tempat menanam:-


Atas tanah dan sekitar rumah, dalam bekas seperti pasu, tin, kotak polystyrene terpakai dan sebagainya.


Kerajaan telah meluluskan sebanyak RM 15 juta bagi tahun 2008 dan untuk fasa 1, sebanyak RM 5 juta telah diagihkan. Dengan peruntukan tersebut Jabatan telah menetapkan sasaran seramai 187,000 keluarga di 2,880 Kampung dan Taman Perumahan di seluruh negara.


Orang ramai boleh menyertai program ini; (i) secara individu yang melibatkan peserta menanam di halaman rumah dan (ii) secara berkumpulan/komuniti/institusi (20 peserta/kumpulan) di kawasan tanah lapang di kampung/Taman Perumahan.







PROGRAM
RAKAN BUMI HIJAU





TAKLIMAT PERCUMA


PROGRAM

RAKAN BUMI HIJAU

LAMAN AKUAKULTUR

INTEGRASI KOMUNITI



TANAM TERNAK GUNA SENDIRI,

JIMAT CERMAT BINA EKONOMI,





PRAKATA


Sektor pertanian merupakan nadi kepada kesejahteraan dan kemakmuran rakyat kerana peranannya sebagai penyumbang utama bahan makanan kepada penduduk sesebuah negara.
Setiap tahun kerajaan menyediakan peruntukan yang besar bagi kemudahan dan pembangunan sektor pertanian, industri asas tani dan perikanan demi menjamin bekalan makanan yang baik dan selamat untuk rakyat. Disamping mengisi keperluan dan permintaan domestik, hasil pertanian makanan yang berkualiti dan menepati piawaian pasaran global berpotensi untuk dieksport bagi menjana hasil serta memperkukuhkan ekonomi negara

FALSAFAH

SYARIKAT sentiasa mengutamakan mutu produk yang tinggi dan perkhiodmatan pelanggan yang cemerlang dan sentiasa bersedia berusaha meningkatkan tahap keusahawanan menerusi amalan pertanian yang lebih baik, penggunaan teknologi yang lebih cekap dan kos efektif serta kemahiran pengurusan yang lebih mantap

VISI

Menjadi peneraju dalam perkhidmatan edu-agro pelancongan dan pengeluaran pertanian makanan berteraskan sistem pengeluaran bio berproduktiviti tinggi yang mesra alam sebagai penjana ekonomi dan negara

MISI

Meneraju dan memacu usaha memperkasa ekonomi komuniti menerusi perkhidmatan edu-agro pelancongan , latihan serta bimbingan dalam aktiviti akuakultur dan pertanian integrasi berkonsep komuniti

Bagi mencapai visi dan misi diatas BMAS dengan kerjasama Syarikat swasta (sub integrator) JKKK Negeri/ JKKKP Pusat/ Koperasi / akan mewujudkan dan membagunkan LAMAN AKUAKULTUR KOMUNITI disetiap kawasan DUN / PARLIMEN dengan keluasan minimum 2 ekar mampu menampung 50 peserta setiap ladang. mempertingkatkan inisiatif dalam aktiviti edu-agro pelancongan bagi menjana pendapatan dan memperkasa ekonomi komuniti desa disamping menghasilkan inovasi dan impak tinggi dalam penyampaian maklumat dan pembelajaran supaya menerusi informasi dapat disalurkan , minat dan kemahiran dibina , prestasi keusahawanan dipertingkat serta keupayaan menghasilkan produk dan perkhidmatan dapat diperkembangkan
.




Pembiayaan Pinjaman MUST
disediakan oleh











LAMAN KOMUNITI RAKAN BUMI HIJAU



Laman komuniti Rakan Bumi Hijau merupakan satu kawasan yang dibangun dan diurus dibawah Program Rakan Bumi Hijau dengan kerjasama JKKK Kg Tali Ayer , Morib , Agro Bank, Jabatan Pertanian dan Jabatan Perikanan bagi pihak peserta yang didalamnya terdapat aktiviti pertanian integrasi seperti akuakultur, tanaman hidroponik, aeroponik,akuaponik dan pertanian fertigasi

Satu sistem pengeluaran bio yang saling berkait, berproduktiviti tinggi, mesra alam dan kos efektif bagi menghasilkan keluaran makanan harian berkualiti tanpa penggunaan baja kimia dan racun untuk faedah ekonomi dan sosial kepada komuniti setempat.

Kolam ternakan diurus dan dikendali oleh pekerja tetap sepenuh masa digajikan oleh pihak integrator / syarikat dan semua hasil keluaran dibeli oleh integrator / syarikat mengikut harga pasaran semasa

Menerusi usaha Program Rakan Bumi Hijau ini bertujuan untuk meningkatkan tahap sosio-ekonomi kumpulan sasar serta mewujudkan semangat bekerjasama dan gotong royong dalam hidup masyarakat setempat.

Ia juga diyakini dapat meningkatkan pendapatan atau dana bulanan rakan tani / peserta selain menjadi salah satu aktiviti berfaedah serta dapat mewujudkan program rakan tani baru yang mempunyai sikap nilai murni yang tinggi.

Komoditi Ternakan dan tanaman mempunyai potensi besar untuk dipasarkan sekali gus dapat mengurangkan permintaan daripada negara luar dan secara tidak langsung dapat menjimatkan kos mengimport .

Konsep Program Rakan Bumi Hijau yang diperkenalkan adalah melibatkan individu atau komuniti setempat yang dipanggil rakan tani / peserta yang tidak memerlukan modal yang banyak.Syarikat juga akan menguruskan pembiayaan kewangan peserta menerusi pinjaman mikro kredit (Agro Bank )

Dalam program ini, rakan tani / peserta kami akan diberi Kursus, khidmat Nasihat dan bimbingan Meningkatkan kemahiran dengan kaedah dan amalan baik akuaponik yang moden dan mampan.

Peserta hanya perlu melawat ladang berkelompok tersebut mengikut jadual yang telah di sediakan oleh pihak kami dan hasil tuaian akan dikendalikan oleh pihak kami AJ BA bagi tujuan pasaran,

Antara faedah yang diperoleh daripada program ini ialah dapat meningkatkan kepenggunaan tanah dengan lebih efisien bukan sahaja sebagai sumber pendapatan tambahan tetapi juga sebagai landskap sementara.

Ia juga katanya dapat menambah dana bagi mereka yang terbabit seperti persatuan belia atau Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), surau atau masjid, sekolah bagi tujuan aktiviti mereka.


Ia juga dapat mewujudkan serta mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama sesama rakan tani setempat dan secara tidak langsung hasil tanaman dan ternakan yang diusahakan secara berkelompok ini dapat di pasarkan secara komersial,

Selain itun program berkenaan secara tidak langsung dapat membantu kerajaan mengurangkan import bahan makanan dan menjadikan rakan tani setempat ini sebagai pusat sumber dan pusat pengumpulan tanaman dan ternakan yang mempunyai nilai komersial.

Dengan objektif untuk meningkatkan kebajikan sosio ekonomi pada kumpulan sasaran program ini juga dapat mengeratkan siratulrahim, semangat bekerjasama dan gotong royong dalam kehidupan masyarakat setempat.

Buat masa ini, program tersebut telah dan akan dilaksanakan di beberapa buah daerah di Puchong, Banting , Subang di Selangor dan Ipoh Perak

BMAS akan membuka peluang Program Rakan Bumi Hijau ini kepada sesiapa yang berminat seperti penduduk kampung dan belia atau beliawanis setempat, orang miskin, Orang Kurang Upaya (OKU), Orang Asli, ibu tunggal dan syarikat swasta yang serius untuk menyahut seruan kerajaan.

Selain itu sekolah, masjid, surau, pusat pemulihan, rumah kebajikan, penjara atau tanah wakaf juga boleh dijadikan tempat program ini dilakukan kerana ia tidak memerlukan tanah yang luas tetapi hanya memanfaatkan keluasan tanah yang sedia ada.


Program ini dapat membantu masyarakat kerana ia program yang mudah dan murah serta dapat menambahkan pendapatan mereka yang terbabit secara tetap..



HASIL DAN PENDAPATAN



Peserta dan integrator mengikat perjanjian untuk tempoh 10 tahun bagi mengusaha, membeli hasil serta mengagihkan pendapatan mengikut syariah gabungan prinsip musharakah dan mudarabah.Setiap peserta akan memperolehi pendapatan daripada unit kolam yang dimilliki dalam bentuk tunai dan hasil keluaran bermula bulan ke 7 hingga ke bulan 120 (10 tahun)



JENIS TERNAKAN DAN TANAMAN


Mempraktis sistem polikultur integrasi ternakan beberapa spesis ikan dan jenis sayur sayuran berdaun, sayuran berbuah, ulam dan herba yang menjadi kegunaan harian komuniti.


Akuakultur

Tanaman

Ikan Keli Kacukan

Cili Kulai / Padi / Api / Akar

Ikan Puyu

Tomato / Bulat / Ceri

Ikan Tilapia Merah

Kacang Panjang / Renek

Ikan Sepat Siam

Bendi Mk Be 1

Ikan Ketutu

Terung Panjang / Bulat

Ikan Belut

Kacang Buncis / Botor

Ikan Siakap Air tawar

Timun Batang / Padi / Jepun

Ikan Siakap Air masin

Petola Segi / Bulat / Ular

Ikan Kerapu

Peria / Kunyit / Kesum

Udang Galah

Labu Merah / Siam / Botol

Lintah Hirudo

Kailan / Pak Choy / Kailan Choy

Ikan Hiasan

Kangkung / Bayam / Sawi

Ikan Marin

Saderi / Salad / Selada


Ulam Raja / Pegaga / Selom


Selasih / Maman / Keremak


Gelang Pasir / Mas Cotek




SISTEM MODULAR MUDAH ALIH INTEGRASI AKUAKULTUR, HIDROPONIK DAN FERTIGASI DALAM SATU SISTEM PENGELUARAN BIO BERSEPADU


  • Air Sisa buangan daripada sistem biologi pertama (ternakan ikan) membekal nutrien kepada sistem biologi kedua (tanaman). Air lebihan kembali ke sistem biologi pertama dan seterusnya.
  • Sistem ini berkonsep pertanian tepat dan berfungsi tanpa racun serangga, racun perosak dan baja kimia. Input utama adalah makanan ikan sementara input sampingan berupa larutan mikro-nutrien bagi melengkapkan nutrien yang terkurang.
  • Sistem ini mengoptimumkan penggunaan media ternakan, media tanaman, media tapisan serta semua sisa dan bahan buangan terhasil diubah kepada hasil – Waste to Wealth.
  • Sistem ini mesra alam, tidak mengganggu dan tidak menjejaskan ekosistem serta tiada bahan sisa buangan.




Objektif Program
  1. Meningkatkan kemahiran rakan tani, peserta dan Syarikat Swasta (sub integrator) dengan kaedah dan amalan baik akuakultur yang moden dan mampan.
  2. Meningkatkan produktiviti hasil ladang.
  3. Memindahkan teknologi akuakultur kepada rakan tani /peserta.
  4. Menerapkan ciri-ciri keusahawanan kepada rakan tani/peserta akuakultur.
  5. Meningkatkan pendapatan komuniti setempat
  6. Mewujudkan usahawan usahawan akuakultur yang berjaya, berilmu dan berdaya saing

Kelayakan Pemohon :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur di antara 21hingga 54 tahun.
  3. Mempunyai kesihatan yang baik.
  4. Boleh membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu.
  5. Lepasan Graduan dan Belia digalakkan memohon.


Sekiranya maklumat lanjut mengenai program ini diperlukan, anda boleh mengemukakannya kepada e-mail biohirudo_agro@yahoo.com ataupun berhubung dengan Bahagian Pembangunan Program Rakan Bumi Hijau di talian 012-6733124

TAKLIMAT ADALAH PERCUMA









PROGRAM
RAKAN BUMI HIJAU
KOMUNITI KG. TALI AYER
MORIB, SELANGOR

TARIKH MULA:26/10/2009



Dengan kerjasama


Jawatankuasa Kemajuan & keselamatan Kampung
(JKKK) Kg. Tali Air Morib,Banting



MAJLIS TAKLIMAT
PROGRAM RAKAN BUMI HIJAU

Tarikh :10hb Jan 2010

BERTEMPAT DI DEWAN SERBAGUNA
KG. TALI AIR MORIB



Mini Ekspo Pertanian



Peserta berbekam lintah







TAPAK PROJEK KOMUNITI







Meninjau lokasi cadangan

seluas 8 ekar di morib banting





kerja pembersihan tapak projek fasa 1 seluas 3 ekar



projek fasa 1 menempatkan 200 peserta



keluasan 3 ekar tanah boleh menempatkan 1500 tangki kanvas




Projek Fasa 2




Kerja Pembersihan tapak








Kemudahan yang disediakan kepada peserta



Balai Serbaguna

Dewan Serbaguna


Tapak Agri bazar (Pasar tani)






RAKAN BUMI HIJAU
LAMAN AKUAKULTUR

KOMUNITI
RAPAT SETIA
IPOH , PERAK


Tarikh Mula :19/11/2009

Sub Integrator :
Arena Konsortium

DENGAN KERJASAMA


Jawatankuasa Tanah
Perkuburan Wakaf Am
&
Majlis Agama Islam dan
Adat Melayu Perak






cadangan membangunkan laman
akuakultur seluas 13 ekar


Majlis dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa
Tanah Perkuburan Wakaf Am

Pihak sub integrator (Arena Konsortium) bersama Jawatankuasa tanah
Perkuburan Wakaf Am Rapat Setia ,Ipoh




Meninjau tapak cadangan











'RAKAN TANI ANDA'


Sekiranya maklumat lanjut mengenai program ini diperlukan, anda boleh mengemukakannya kepada e-mail biohirudo_agro@yahoo.com ataupun berhubung dengan Bahagian Pembangunan program Rakan Bumi Hijau di talian 012-6733124