Friday, May 1, 2009




BIOHIRUDO MANAGEMENT & SERVICE telah memandang serius seruan dan dasar kerajaan untuk memajukan bidang Agro-Biotek. BIOHIRUDO MAS telah mengambil langkah yang agresif
dalam memberi latihan, bimbingan dan kajian terhadap industri perikanan air tawar, ikan marin, Akuaponik ,tanaman fertigasi dan industri lintah komersil. Misi dan Visi kami untuk melahirkan Industri Perladangan,pemprosesan dan penghasilan produk pertanian dan perikanan serta bahan mentah berasaskan lintah di dalam sektor perubatan.Di samping itu BIOHIRUDO MAS juga memperkenalkan Produk Pelancongan Agro dan Pelancongan Kesihatan Terapi Lintah sambil melawati destinasi menarik di Malaysia.Dengan pengalaman pengarah-pengarah BIOHIRUDO GROUP di dalam bidang agro-biotek bersama sokongan , kakitangan syarikat dan pelanggan kami dengan semangat setiakawan dapat memberi kekuatan sepenuhnya dari segi mental,fizikal dan kewangan untuk maju kehadapan di dalam bidang pertanian dan perikanan –Amin-



BIOHIRUDO MANAGEMENT AND SERVICE are dealing seriously in conjunction of Malaysian Government to enhance the agro-biotech sector into a World Class Business. Therefore BIOHIRUDO MAS provide various services emphasizing on Leech breeding, Consultation and Guidance as well we research to effectively Commercialize Leech Breeding. Leech contains a high level of Hirudin which is known to heal various kind of disease. BIOHIRUDO MAS is giving the utmost effort to produce Leech Extract and Leech Powder to fulfill the high demand locally and internationally for MEDICAL PURPOSES. Further more, BIOHIRUDO MAS humbly Introducing HEALTH TOURISM PACKAGES for those who seek the best leech teraphy sessions & Spa without missing what MALAYSIA has to offer.. With the valuable experience of BIOHIRUDO GROUP in Agriculture & Tourism, we strive to make this industry successful - mentally, physically and financially. AMIN~



BIOHIRUDO الإدارة والخدمات التي تتعامل بجدية بالتعاون من الحكومة الماليزية لتعزيز القطاع الزراعي في مجال التكنولوجيا الحيوية في العالم درجة رجال الأعمال. لذا BIOHIRUDO ماس تقديم الخدمات المختلفة مؤكدا على تربية أوركسترا وتشاور وتوجيه البحوث وكذلك نحن على نحو فعال تجر أوركسترا التناسل. الاوركسترا يحتوي على مستوى عال من Hirudin التي من المعروف أن يشفي من المرض نوع مختلف. هو إعطاء أقصى الجهد لإنتاج أوركسترا وأوركسترا استخراج مسحوق لتلبية الطلب المتزايد محليا ودوليا لأغراض طبية. مزيد المزيد ، BIOHIRUDO ماس بتواضع تقديم الاحزمة السياحة الصحية لأولئك الذين يبحثون عن أفضل علقة teraphy وسبا دورات في عداد المفقودين دون ما حققته ماليزيا من تقدم. مع خبرة ثمينة BIOHIRUDO العامل في الزراعة والسياحة ، ونحن نسعى جاهدين لجعل هذه الصناعة الناجحة -- ذهنيا وبدنيا وماديا. AMIN~ أمين ~




Pertanian Adalah Perniagaan

Pertanian merupakan tunggak asas kepada kehidupan manusia baik dari segi sumber makanan, kewangan dan ekonomi serta menjadi matlamat pengusaha pertanian bahawa setiap pelaburan yang dilakukan mampu memberi pulangan menguntungkan.

Tumpuan kerajaan kepada sektor pertanian bukan satu langkah ke belakang, sebaliknya usaha dipergiatkan bagi menjadikan sektor ini sebagai perniagaan untuk jangka panjang. Dalam memajukan sektor pertanian, kerajaan telah melakukan perubahan, tidak lagi mengikut cara lama sebaliknya menggunakan bioteknologi dan teknologi moden bagi menambah nilai hasil pertanian negara.

Kerajaan tidak melihat pertanian sebagai sektor yang mundur akan tetapi sebagai sektor industri yang mampu menjana pertumbuhan ekonomi negara selain mengurangkan import makanan. Oleh yang demikian, kita perlu merubah tanggapan bahawa pertanian merupakan aktiviti ekonomi yang mempunyai sedikit nilai ditambah serta menjana pendapatan yang rendah kepada salah satu cabang perniagaan yang berpotensi untuk dimajukan.

Sektor tani merupakan kegiataan utama ekonomi masyarakat luar bandar. Kaum bumiputera merupakan golongan tertinggi yang terlibat dalam perniagaan. Dengan itu, pembangunan sektor pertanian bukan setakat menjana sumber tumbuhan baru, malah dapat membantu usaha merapatkan jurang sosioekonomi di dalam negara.

Kerajaan akan memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan rantaian nilai serta meneroka aktiviti berasaskan pertanian yang mempunyai nilai ditambah yang tinggi, perladangan komersial berskala besar dan menggunakan ICT serta memanfaatkan sepenuhnya potensi dalam bioteknologi. Masyarakat tani pula perlu mengambil peluang yang tersedia ini bagi memajukan diri dan sektor pertanian keseluruhannya. Bioteknologi merupakan satu industri baru dan penting, berpotensi menjana sumber kekayaan baru. Usaha akan dipergiat bagi membangunkan industri bioteknologi sebagai peneraju baru pertumbuhan ekonomi. Tumpuan akan diberi kepada penggunaan bioteknologi dalam pertanian.

Perjalanan untuk menjadikan sektor tersebut sebagai satu perniagaan memerlukan pembudayaan keusahawanan dalam pertanian supaya dapat melahirkan satu generasi usahawan tani bagi menerajui usaha merevolusikan sektor pengeluaran makanan.

Untuk berjaya di dalam bidang pertanian kita perlu ada role model petani-petani berjaya. Skala pertanian yang kecil masih menjadi masalah besar dan menghalang para petani meningkatkan pendapatan mereka. Petani harus bekerja pada skala ekonomi yang dapat meningkatkan pendapatan dengan mengkomersialkan usaha yang ada. Di sinilah letaknya peranan bank dan agensi berkaitan untuk membatu petani mengusahakan sektor pertanian secara komersial.

Masyarakat tani perlu mengubah mentaliti dan pendapat selama ini bahawa hasil pengeluaran mereka hanya cukup untuk keperluan sendiri dan akan dijual sekiranya ada lebihan. Aspek kualiti bukan keutamaan dalam pengeluaran mereka. Mereka perlu yakin bahawa aktiviti pertanian masa kini bukan sekadar memenuhi keperluan sara hidup sahaja malah ianya satu perniagaan yang boleh memberikan kekayaan. Berdasarkan perkembangan semasa iaitu dengan penggunaan jentera, pentadbiran secara tradisional yang menghasilkan produktiviti rendah boleh ditingkatkan melalui teknologi sedia ada.

Sektor pertanian yang sedang rancak dibangunkan oleh kerajaan meliputi industri asas tani yang ketika ini telah mencapai nilai ditambah dan berpotensi menyediakan 128,000 pekerjaan baru secara langsung dalam jangka masa lima tahun akan datang. Potensi sektor ini tiada batasannya jika diusahakan dengan teliti. Menjelang tahun 2020, sektor pertanian perlu berada di tahap kejayaan yang membantu membina imej sesebuah negara maju.

Di negara seperti Amerika Syarikat, Australia dan beberapa negara maju lain, petani dipandang tinggi kerana mereka tergolong daripada orang-orang kaya. Ini disebabkan sektor pertanian yang diusahakan oleh mereka memberi pulangan menguntungkan. Menurut pakar ekonomi berkaitan pertanian, orang kaya dalam sektor pertanian sebenarnya bukan terdiri daripada golongan petani sejati tetapi adalah golongan pelabur dari sektor swasta atau individu yang mempunyai modal besar untuk mengusahakan industri pertanian secara komersial. Pertanian merupakan satu bidang yang memerlukan modal besar dan hanya mereka yang sanggup melabur akan memperolehi kejayaan.

Untuk memastikan pertanian yang diusahakan menguntungkan, usahawan tani perlu sedia berubah terhadap cara berfikir, bertindak dan membuat keputusan sebagai seorang usahawan. Setiap perbelanjaan dan pendapatan direkod bagi mengetahui untung rugi sesuatu projek yang diusahakan. Trend pasaran, risiko dalam bidang pertanian, keadaan persekitaran, cuaca dan lain-lain yang berkaitan dengan faktor pengeluaran perlu sentiasa diberikan perhatian.

Bagi memastikan bidang pertanian merupakan perniagaan yang menguntungkan dan mampu memberikan kekayaan, aspek kuantiti dan kualiti sentiasa dipertingkatkan. Kualiti produk yang dihasilkan akan menentukan harga pasaran hasil yang akan dijual. Bagi menambahkan lagi daya saing produk yang dihasilkan, proses nilai tambah seperti pemprosesan, penggredan, pembungkusan dan pemasaran perlu juga diberikan keutamaan.

Pertanian dalam negara mampu berdaya saing sekiranya semua pengusaha dalam bidang pertanian turut mengambilkira program pensijilan yang diperkenalkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Pengusaha-pengusaha pertanian boleh mendapatkan pengiktirafan melalui pensijilan Amalan Pertanian Baik (APB) seperti sijil Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM) daripada Jabatan Pertanian Malaysia, Sijil Amalan Ladang Ternakan (SALT) daripada Jabatan Perkhidmatan Haiwan Malaysia dan Skim Pensijilan Ladang Akuakultur Malaysia (SPLAM) daripada Jabatan Perikanan Malaysia. Selain daripada produk yang dikeluarkan berkualiti dan selamat untuk dimakan, pensijilan diperolehi secara tidak langsung dapat menepati piawaian pengeluaran antarabangsa yang membolehkan hasil keluaran dipasarkan ke luar negara.









Pusat Perubatan Lintah Antarabangsa


Lintah disimpan rapi mengikut saiz



Udelnaya Moscow



juruteknik makmal mengawasi perkembangan lintah




LINTAH ADALAH PENAWAR


NATALYA Lepyoshkina tersenyum sambil memberi makan darah lembu kepada 'anak-anaknya' yang berusia tiga minggu, membilas mereka dengan air dan memasukkan mereka ke dalam beberapa botol kaca.


"Mereka gembira. Mereka sudah kenyang," katanya ketika lintah itu menggeliat-geliut dan membengkak kerana baru makan, dalam bekas yang akan menjadi kediaman mereka sehingga waktu makan selanjutnya.

Natalya bertanggungjawab terhadap lebih tiga juta lintah yang diternak setiap tahun di Pusat Perubatan Lintah Antarabangsa, institusi yang diasaskan sejak 1937 dan percayai kemudahan menternak lintah terbesar di dunia.

Terletak di Udelnaya, sebuah perkampungan beberapa kilometer ke tenggara Moscow, hasil ternakan pusat itu mendapat sambutan hangat apabila saintis menilai semula keberkesanan haiwan penghisap darah itu.

Sejak beberapa tahun lalu, penyelidik, kerajaan Barat, hingga bintang Hollywood mengakui keberkesanan lintah sebagai sumber ubat selepas puluhan tahun menganggapnya hanya kepercayaan kuno.

Menurut edisi terbaru Jurnal Kejururawatan Amerika, terapi lintah kini 'bangkit semula,' khususnya dalam membantu pesakit yang menjalani pembedahan plastik dan amat berguna untuk menangani beberapa masalah darah dan tisu.

Kerajaan Amerika Syarikat meluluskan penggunaan lintah sebagai sebahagian sumber perubatan pada 2004. Aktres Demi Moore mendedahkan, dia menjalani terapi lintah di Austria untuk merawat masalah darah yang dihadapinya.

"Kini, ia sudah terbukti secara saintifik untuk dijadikan penawar," kata Gennady Nikonov, pengarah pusat berkenaan di pejabatnya, berhampiran dinding yang dipenuhi sijil penghargaan dan anugerah daripada pelbagai institut Eropah dan Russia.

Selain menguasai pasaran Eropah, pusat itu juga menjual beribu-ribu lintah setahun kepada sebuah syarikat Perancis yang mengedarkannya di Barat.

"Lintah itu kini mendedahkan satu persatu rahsianya kepada kita," kata Nikonov.

Botol kaca berisi lintah diatur rapi dalam beberapa bilik di pusat berkenaan, berdasarkan perkembangan berbeza haiwan itu.

Beberapa bilik ditanda 'Bilik Mengawan,' tempat lintah itu diberi ruang lebih luas dan diletakkan dalam suasana lebih panas dan terang, sesuai untuk ia mengawan.

Kewujudan kemudahan seperti itu adalah satu daripada peninggalan era Soviet Union yang menyaksikan farmasi tetap menyimpan sejumlah besar lintah walaupun dunia perubatan Barat menghentikan penggunaannya berikutan revolusi antibiotik pada abad ke-20.

Berikutan keruntuhan Soviet Union dan kemusnahan rancangan ekonomi berpusatnya pada 1991, pusat ternakan lintah itu turut mengalami zaman kegelapan.

"Tidak ada wang untuk membayar gaji pekerja. Bangunan terbiar buruk begitu saja," kata Nikonov.

Apabila ekonomi Russia kian pulih dan terapi lintah semakin popular, pusat itu kembali ceria dengan pengeluaran meningkat 10 kali ganda berbanding keadaan pada awal 1990-an.

Dalam langkah beraninya untuk menuju ke arah dasar kapitalis, pusat itu menjual barangan kosmetik yang dinamakan 'Bioenergy,' terdiri daripada syampu, krim muka dan barangan kecantikan lain yang dihasikan daripada lintah.

"Barangan kosmetik lintah tidak seperti barangan kosmetik lain. Ia mengubat kulit dari dalam," kata Pengarah Makmal pusat itu, Yelena Titova.

Krim kulit lintah mungkin dianggap eksotik tetapi ia bukan luar biasa di Russia. Doktor di negara itu menggunakan lintah untuk merawat penyakit seperti mandul, masalah dalam perut hingga kepada sakit gigi.

Pakar di pusat itu mendakwa amalan itu berdasarkan kajian saintifik. Bagaimanapun, ia masih belum diakui oleh industri perubatan Barat.

Jika masyarakat dulu percaya lintah mengubati penyakit dengan menyedut keluar darah kotor, tetapi saintis hari ini berkata, faedah lintah itu terletak pada bahan yang mereka masukkan ke dalam saluran darah, termasuk hirudin, yang menghentikan darah daripada beku.

"Di sini anda mempunyai satu kilang perubatan, lebih daripada 30 komponen dan semua diasaskan secara semula jadi," kata Titova.

Pusat itu bersedia berdepan dengan permintaan yang semakin meningkat kerana langkah agresif yang diambilnya untuk menternak haiwan itu, katanya.

Satu elemen penting yang dijalankan pusat itu ialah meletakkan seorang pengawasi untuk mengawasi sekumpulan lintah dari awal hingga akhir. Ia mendorong petugas memastikan setiap lintah itu sihat.

Pendekatan seumpama itu juga mewujudkan ikatan emosi antara pekerja dengan lintah.

"Jika saya tidak menyanyangi mereka, saya tidak akan bekerja di sini," kata Lepyoshkina, yang bertugas di pusat berkenaan sejak 25 tahun lalu dan membesarkan lebih 100,000 lintah setahun.

"Mereka umpama anak kami," katanya. AFP









TAHNIAH...!!

LINTAH MALAYSIA JALANI
UJIAN DI SWITZERLAND
AKHBAR SINAR HARIAN
17hb JUN 2009





Selasa, 17 Jun 2009 - Sinar Harian. PELINTAH berjaya mengelolakan penghantaran pertama lintah ke luar negara, Switzerland. Ini membuka satu lembaran kerjasama dua hala dengan antara Malaysia dan Switzerland. Pengelolaan ini adalah pemangkin kepada gerbang pasaran ke negara-negara Eropah yang lain. PELINTAH juga sedang berusaha untuk meluaskan lagi pasaran ke benua lain. Perbincangan sedang giat di jalankan bersama syarikat-syarikat pengiat industri di dalam Malaysia dan luar negara. PELINTAH bersedia untuk membantu syarikat-syarikat yang ingin mendapatkan bantuan pengurusan eksport lintah ke luar negara melalui kerjasama dua hala demi kebaikan bersama.





PROGRAM & AKTIVITI BIOHIRUDO




MAJLIS TAKLIMAT

PROGRAM

RAKAN BUMI HIJAU

KG.TALI AIR ,MORIB BANTING SELANGOR

TARIKH :10hb JAN 2010

DIRASMIKAN OLEH

Y.B TUAN HAJI HASIMAN B. SIDOM

(ADUN MORIB)

SEKALUNG PENGHARGAAN KEPADA

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

PENGHULU MUKIM MORIB

PENGERUSI JKKK KG. TALI AIR

JABATAN PERTANIAN BANTING

KETUA KAMPUNG TALI AIR

BIOHIRUDO GROUP

CIKLIN AJ FARM

DAN PENDUDUK KG. TALI AIR , MORIB.






AKHBAR SINAR 24Hhb NOVEMBER 2009
Edisi selangor

Laman komuniti Rakan Bumi Hijau merupakan satu kawasan yang dibangun dan diurus oleh pihak integrator dibawah program Rakan Bumi Hijau dengan kerjasama Agro Bank, Jabatan Pertanian dan Jabatan Perikanan bagi pihak peserta yang didalamnya terdapat aktiviti pertanian integrasi seperti akuakultur, tanaman hidroponik, aeroponik,akuaponik dan pertanian fertigasi

Menerusi usaha Program Rakan Bumi Hijau ini bertujuan untuk meningkatkan tahap sosio-ekonomi kumpulan sasar serta mewujudkan semangat bekerjasama dan gotong royong dalam hidup masyarakat setempat.

Ia juga diyakini dapat meningkatkan pendapatan atau dana bulanan rakan tani / peserta selain menjadi salah satu aktiviti berfaedah serta dapat mewujudkan program rakan tani baru yang mempunyai sikap nilai murni yang tinggi.










MAJLIS
PELANCARAN PROGRAM USAHAWAN
TANI MUDA JAYA

22 DISEMBER 2009 ,

Dewan A Malaysia Agro Exposition
Park Serdang (MAEPS),Selangor

Dirasmikan oleh Menteri Pertanian
& Industri Asas Tani Malaysia


Objektif program:-
  • Menghebahkan maklumat peranan dan program MOA dalam membangunkan sektor pertanian negara
  • Memberi khidmat dan bimbingan dalam melaksanakan aktiviti pertanian dan menjadikan pertanian adalah satu perniagaan
  • Menyelesaikan masalah/isu yang dihadapi melaui pendekatan up to bottom (atas kebawah)


Y.B. DATUK SERI NOH B HAJI OMAR



Y.B Menteri sedang berucap


Sedang berdialog bersama Menteri









SYABAS ...
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Pertanian & Industri
Asas Tani yang telah menjayakan program seumpama ini






PERASMIAN
SELANGOR RIA 2009 &
HAR PELADANG, PENTERNAK & NELAYAN
NEGERI SELANGOR

PERKARANGAN STADIUM MELAWATI
SHAH ALAM

PADA 20 DISEMBER 2009

DIRASMIKAN OLEH
Y.A.B DATO' MENTERI BESAR SELANGOR




Pelbagai pameran & aktiviti menarik disediakan


Align Center
Peralatan & Jentera Pertanian


Ternakan Rusa Komersial


Pure Arabian /Kuda



Ternakan Kambing pelbagai jenis



Pelbai jenis tanaman



Gerai Jabatan Pertanian



Industri Orkid mempunyai permintaan yang tinggi


Y.B KHALID SAMAD
Ahli Parlimen Shah Alam di Tapak Ekspo



Gerai Jabatan Perikanan


LIVESTOCK ASIA EXPO
& FORUM 2009


27-29 OKTOBER 2009

KUALA LUMPUR CONVENTION CENTRE










KUNJUNGAN PELAWAT DARI PERANCIS
KE KOLAM TERNAKAN LINTAH
PADA 28hb 05 2009


PENERANGAN PENTERNAKAN LINTAH



KHUSYUK MENDENGAR PENERANGAN
PENTERNAKAN




SEISI MENGAMBIL GAMBAR




TAKLIMAT HIRUDO TERAPI



PENERANGAN PENGHASILAN COCOON LINTAH




ASYIK ..MEMBELI PRODUK LINTAH




PENERANGAN TENTANG BEKAM LINTAH







ASYIK... MANAGER AGRO TOURISM


TERKEDU DAN TERUJA, BELUT MENJADI MANGSA LINTAH





KUNJUNGAN PELAWAT DARI NEGARA FRANCE
PADA 28/05/09













PUTRA WORLD

TRADE CENTRE

(PWTC)
KUALA LUMPUR


KARNIVAL
KERJAYA & KEUSAHAWANAN
GRADUAN KEBANGSAAN
2009

15 - 16 & 17 hb MEI 09

WAKTU:-
10.00 pgi - 7 mlm


Organized by:

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA



DATANGLAH BERAMAI-RAMAI


BOOTH NO E- 093











NATIONAL BUMIPUTRA ENTREPRENEUR
CONFERENCE & EXHIBITION 09

24th - 26th APRIL 2009

GROUND FLOOR CITY SQUARE
JOHOR BAHRU ,MALAYSIA

BIOHIRUDO MAS BOOTH NO :15


organized by

MeCD










INDUSTRI LINTAH KOMERSIAL

Ramai pasti geli geleman jika disuruh pegang lintah. Apa tidaknya dengan bentuk tubuh yang bergerutu, licin, liat dan terkenal sebagai penghisap darah, lintah bukan menjadi pilihan untuk dibelai. Terdapat 650 spesis lintah di dunia dan di mana hanya diketahui 20 jenis spesis sahaja yang dipelihara untuk perubatan. Diantaranya Hirudo Manilenssis (lintah asia) Hirudo Medicinalis (europe) Macrobdella Decore (Nort America) Hirudo Niponnia (Jepun) Haementeria Officinalis (Central America) Haementeria Depressa (South America) Amazon leech (Haementeria ghiliani) dan lain lain lagi.

Oleh kerana tiada maklumat biologi mengenai lintah-lintah tempatan, biologi lintah-lintah India boleh dijadikan panduan dan rujukan. Terdapat 4 spesis lintah India, Hirudinaria viridis, H. manillensis, H. javanica dan H. granulosa. Yang dikatakan “India cattle leech” ialah H. granulosa. Maka maklumat biologi H. granulosa adalah lebih relevan kepada lintah tempatan. Walaupun tanpa sokongan taksonomi yang lengkap, H. manillensis diakui ramai penternak sebagai spesis tempatan yang diternak. Namun begitu lintah-lintah yang diternak dilapurkan daripada jenis-jenis perut hijau dan perut coklat pula. Isu-isu berkaitan genetiks dan taksonomi lintah tempatan perlu diberi perhatian. Analisis DNA boleh mengesahkan samada lintah perut hijau dan lintah perut perang adalah spesis yang sama.

Lintah boleh membesar 6 hingga 10 kali dari saiz asalnya dimana seekor lintah boleh menghasilkan 5 ekor 20 ekor benih sekali bertelur Setakat ini yang diketahui hanya lintah Amazon (Haementeria ghiliani) sahaja yang ”melahirkan” beratus ekor anak tanpa kokon.dan seekor lintah mempunyai 32 otak , 5 pasang mata yang tersusun, 300 batang gigi , tiada paru paru dan bernafas melalui kulit. Oksigen akan memasuki melalui kulit dan seterusnya disalurkan ke seluruh badan melalui saluran darah. Lintah termasuk dalam kumpulan "ANNELIDA" atau cacing. Memiliki kedua dua organ pembiakan jantina dan betina yang dipanggil 'hermapordit' Jangka hayat seekor lintah dari 2 hingga 10 tahun (bergantung pada persekitaran dan pemakanan)


lintah adalah ektoparasit dan menghisap darah (sanguivorous) Lintah menghisap darah yakni melekat pada kulit pemangsa dimana terdapat saluran darah hampir dengan kulit pemangsa. Makanan berkhasiat untuk lintah adalah belut.
Bagaimanapun ianya tidak bergantung kepada darah semata-mata untuk hidup. Lintah juga bersifat karnivor, memakan lain-lain hidupan akuatik seperti cacing, serangga dan ikan.

Sejak ribuan tahun, lintah banyak digunakan masyarakat dalam menyelesaikan masalah pengaliran darah. Kandungan hirudin yang tinggi di dalam lintah adalah anti-koagulan (menghalang pembekuan darah) yang sangat berkesan. Hirudin adalah sejenis protein yang diperolehi dari lintah tempatan (manillensis), berfungsi sebagai anti pembekuan semulajadi, dari beberapa penyelidikan,telah dibuktikan bahawa Hirudin boleh berfungsi secara berkesan menyekat pembentukan bagi menghalang pembekuan darah. Perkembangan pesat dalam bidang Bioteknologi dan Bioteknologi Molekul yang melibatkan teknik teknik DNA Rekobinan dan proses penulinan protein membolehkan hirudin diperolehi, ditulin dan dihasilkan secara skala besar.Kebolehdapatan hirudin secara skala besar dalam pasaran membolehkan bahan ini digunakan dengan meluas dalam bidang perubatan untuk merawat beberapa jenis penyakit Thrombotik dan boleh digunakan semasa pembedahan dijalankan. Histamin pula berperanan sebagai Vasolidator (mengembangkan saluran darah). Kajian Profesor K Diakonov pada 1809 mendapati darah manusia yang dihisap yang berada dalam perut lintah tidak membeku, manakala keadaan sel darah merah adalah baik. Penyelidikan Highcraft pada 1884 mendapati Ekstrak lintah menghalang darah dalam tabung uji membeku dan ini memulakan penemuan Hirudin.

Daripada perspektif prospek pasaran, produk-produk lintah adalah minyak yang berasaskan lintah, hirudin dan enzim ”manillase”. Pasaran produk-produk seperti minyak lintah adalah untuk pasaran domestik dan kemungkinan pasaran serantau sahaja. Tanpa ujian-ujian klinikal, adalah sukar untuk menembusi pasaran EU dan USA. Pasaran global yang sebenarnya ialah hirudin dan enzim ”manillase” bagi tujuan perubatan. Dilapurkan hirudin bernilai RM7,000.00/g.


Enzim ini digunakan bagi tujuan terapeutik seperti rawatan penyakit-penyakit “myocardial”, “thrombotic events” dan tumor. Seperti mana gamat dan kuda laut, lintah yang telah dikeringkan juga digunakan didalam perubatan tradisional China. Lintah juga digunakan dalam terapi seperti bekam.


*Abdul Latif, Fazilah and Salim, Norizah (1993) Penulenan dan penjujukan protein hirudin daripada lintah tempatan (hirudinaria manillensis) bagi penghasilan protein hirudin secara skala besar pada peringkat industri. Seminar Penyelidikan Fakulti Kej. Kimia & Kej. Sumber Asli . pp. 1-6.*

Fokus penyelidikan ini adalah untuk menulenkan protein hirudin daripada lintah tempatan, Hirudinaria manillensis. Hirudin adalah antikoagulan semulajadi yang dirembeskan oleh kelenjar liur lintah. Ia mempunyai kepentingan dalam bidang perubatan kerana ia boleh berfungsi secara berkesan menyekat pembentukan thrombus bagi menghalang proses pembekuan darah. Sehingga kini kajian mengenai hirudin adalah dari lintah Benua Eropah, Hirudo medicinalis. Ia boleh digunakan dalam merawat beberapa jenis penyakit thrombotik seperti rawatan bagi pesakit jantung dan semasa pembedahan. Teknik-teknik penulenan yang dijalankan melibatkan teknik-teknik asas ekstraksi protein, melibatkan pemendakan garam NH4SO4, sistem elektroforesis, ultracentrifuge, low chromatography column, rotofor dan penulenan jitu HPLC.



Asal usul lintah ini ada dalam sirah iaitu kisah Nabi Ayub A.S yang badannya habis dimakan oleh ulat. Baginda berdoa kepada Allah supaya hati dan jantungnya jangan dimakan oleh ulat tersebut kerana baginda hendak beribadat kepada Allah S.W.T. Dengan berkat doa Baginda, ulat tersebut jatuh ke tanah dari badan Baginda lalu menjadi lintah dan ulat yang diterbangkan angin menjadi lebah. Sebab itulah kedua-dua makhluk ciptaan Allah S.W.T ini mempunyai banyak kebaikan kepada umat manusia pada hari ini.

Dizaman Nabi Muhammad S.A.W. Habbatus Sauda' (bijiran hitam hasil dari sejenis tumbuhan) yang boleh mengubati semua penyakit, adalah berfungsi seperti yang dinyatakan. Kalau di Malaysia,Tongkat Ali dan herba-herba.Apabila darah berjalan lancar berbagai penyakit boleh dihindari. Diabetis berlaku hasil peningkatan gula yang tinggi dalam darah menyebabkan perjalanan darah tersumbat .'Mati Pucuk' juga berlaku hasil dari tersumbatnya perjalanan darah yang memberi kesan pada anggota seks, begitu juga penyakit penyakit seperti darah tinggi, sakit jantung dan lain lain.

Lintah Dan Cacing Harus Untuk Perubatan Dan Kosmetik
Jawatankuasa Fatwa (JKF) Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bermuzakarah bagi kali ke-81 pada 31 Mac 2007 telah memutuskan bahawa hukum menggunakan lintah dan cacing dalam perubatan dan kosmetik adalah diharuskan. Berjual beli atas dasar manfaat yang diperolehi daripada kedua-dua haiwan tersebut juga adalah diharuskan oleh Islam.


Dalam Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK9), pembangunan pertanian dan industri asas tani telah diberikan keutamaan. Jumlah peruntukan untuk pembangunan sector ini telah meningkat dari RM7749 juta dalam RMK8 kepada RM11435 juta. 5.4% dari jumlah tersebut adalah peruntukan untuk Insentif Pembiayaan Swasta iaitu sebanyak RM350 juta. Selain pembiayaan dari segi kewangan, pihak kerajaan juga menawarkan bantuan dari segi khidmat sokongan. Khidmat sokongan yang ditawarkan adalah dalam bentuk latihan (iaitu dari segi formal dan tidak formal) dan juga penyelidikan. Pihak kerajaan melalui RMK9 juga mengenalpasti beberapa pendekatan untuk tujuan pembangunan industri asas tani.Antaranya ialah:

-Mempertingkatkan mekanisasi dan automasi dengan tujuan mengurangkan penggunaan tenaga buruh terutamanya penggantungan terhadap tenaga buruh asing.
-Perlaksanaan pendekatan pemasaran yang memberi penekanan kepada piawai produk dan akreditasi.
-Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dengan meluas sebagai pemudah.
-Pembangunan koridor pembangunan utara (NCER) yang meliputi kawasan di negeri Perlis, Kedah, Seberang Perai di Pulau Pinang dan Perak menjadi wilayah pertanian moden dan berskala komersil.
Industri penternakan lintah juga boleh dikategorikan sebagai industri bioteknologi yang sekarang ini sedang diperluaskan oleh kerajaan. Penglibatan bumiputera dalam bidang biotekknologi adalah sangat rendah dan sangat dialu-alukan oleh pihak kerajaan.
Akuakultur air tawar dan marin kini adalah sebagai punca pendapatan kepada segolongan usahawan yang mengushakan projek ini secara kecil kecilan mahu pun secara komersil. Dalam penternakan ini saya ingin menekankan beberapa aspek penting yang perlu diambil oleh penternak iaitu


1.Keperluan kolam

2.Penyediaan tanah yang sesuai

3.Kualiti Air (kolam kanvas,tangki P.E,sangkar,simen)

4.Penjagaan dan Pemakanan

5.Pemasaran

Sampai disini dahulu artikel kali ini mengenai industri penternakan lintah.saya harap ia dapat menjadi rujukan kepada pengusaha dan saya doakan agar industri akuakultur/ lintah ini akan lebih berdaya saing dan maju dalam dunia perubatan moden dan tradisional kususnya di Malaysia


Sekian,


Ahli Lembaga Pengarah

BIOHIRUDO GROUP
*BIOHIRUDO MANAGEMENT AND SERVICE
*A.J BIOHIRUDO AGROTECH
*BIOHIRUDO FARMING
*BIOHIRUDO AGRO
*BIOHIRUDO THERAPY CENTRE



E-mail : biohirudo_agro@yahoo.com




'RAKAN TANI ANDA'

PILIHAN


MISI DIDAHULUKAN
KUALITI DIUTAMAKAN



Pertanian Adalah Perniagaan

HAK TERPELIHARA 2009